Sembelit bukanlah penyakit tetapi ia merupakan satu gejala dimana seseorang individu itu mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan kekerapan yang kurang daripada kebiasaan individu lain. Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika kurang pengambilan air dan serat dalam pemakanan harian.
Sembelit merupakan kesukaran dan kurang membuang air besar daripada kebiasaan. Individu yang mengalami sembelit biasanya terpaksa meneran semasa membuang air besar dan merasa tidak puas. Ini disebabkan kurang pengambilan air dan serat dalam pemakanan.
Ia juga boleh terjadi kepada pesakit yang sakit terlantar, pesakit yang mengambil ubat jenis seperti tramadol dan morfin, pesakit kanser usus, pesakit irritable bowel syndrome. Juga boleh terjadi kepada bayi yang minum susu formula atau bertukar corak pemakanan,
Antara gejala yang menunjukkan kita mengalami masalah sembelit ialah mulut dan badan berbau busuk, insomnia, mual dan gatal-gatal badan. Ini disebabkan toksin yang terkumpul dan tidak dapat dikeluarkan dari tubuh.
Punca Masalah Sembelit
Punca masalah sembelit perlu dikenal pasti dan diatasi sebelum menggunakan ubat kerana ia tidak menyembuhkan sembelit secara kekal.
Menahan atau mengabaikan keinginan membuang air besar
Sering menahan ketika ingin membuang air besar disebabkan tuntutan kerja, keadaan tandas yang pastinya memberi kesan negatif.
Najis menjadi keras
Pendarahan pada usus atau rektum disebabkan najis keras dan meneran.
Masalah angin dalam badan
Angin dalam badan, kembung perut menyebabkan masalah penghadaman.
Kurang pengambilan cecair
Kekurangan pengambilan cecair terutamanya air masak menyebabkan sembelit mudah terjadi.
Kurang pengambilan serat
Kekurangan pengambilan makanan tinggi fiber atau serat untuk memudahkan proses penghadaman.
Tekanan
Stress atau tekanan menyumbang kepada gaya pemakanan tidak sihat boleh menyebabkan berlakunya sembelit.
Trauma
Trauma disebabkan takut untuk meneran sebagai contoh ibu semasa berpantang.
Usia
Faktor usia juga boleh menjadi punca sembelit kerana berkurangnya fungsi organ, pergerakan dan senaman.
Cara Mengatasi Masalah Sembelit
Pengambilan serat – Banyakkan pengambilan makanan tinggi serat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga bijirin.
Minum air – Minum air masak sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Kurangkan pengambilan produk tenusu, alkohol, makanan dan minuman yang mengandungi kafein seperti teh, kopi dan coklat.
Pengambilan herba – Juga membantu dalam melancarkan proses pembuangan
Riadah – Lakukan senaman dan banyakkan pergerakkan setiap hari juga membantu melegakan stress, meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu melancarkan proses pembuangan.
Jika gaya hidup sudah berubah dan tidak berkesan hingga mengalami masalah yang lebih serius seperti buasir berdarah atau angin (sakit dada) yang semakin teruk jika meneran, maka adalah perlu menggunakan ubat laksatif (julap).
Apapun dapatkan nasihat dari mereka yang terlatih sebelum mengamalkan sebarang julap.
Cara Mengatasi Masalah Sembelit Dengan Selamat
Alternatif lain yang dapat membantu masalah sembelit ialah dengan mengamalkan kombinasi nutrisi dari Shaklee yang pastinya selamat dan berkesan.
Suplemen Yang Membantu Masalah Sembelit
Ostematrix – Membantu mengelakkan kanser kolon, membantu pengangkutan nutrien, membantu memudahkan pelawasan.
Alfalfa Complex – Mengangkut keluar lemak dan toksin yang terkumpul di dalam badan
Lecithin – Melembapkan usus dan meleraikan toksin dalam usus, membantu meringankan sembelit, memecahkan lemak dan kolesterol,
Vivix – Membantu menghalang kanser, meningkatkan sistem imun, menyokong kesihatan menyeluruh.
Herblax – Membantu merangsang pergerakan usus untuk melancarkan proses perkumuhan, membantu proses detok usus, bantu cepatkan proses penyingkiran toksik, membantu mengempiskan dan memejalkan perut.
Masalah sembelit kronik boleh menyebabkan terjadinya buasir, jika dibiarkan tanpa rawatan ia boleh mengakibatkan KANSER USUS.
Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp
Email : mynotavita@gmail.com
Boleh follow saya di :
Facebook : Syahida Noor
Fanpage : NotaVitamin
Instagram : @chepuan_syahidanoor
Youtube : Aihits TV
Jika anda ingin mendaftar sendiri, boleh klik
2 Comments
thanks for sharing
ohhh.. baru tahu kalau mulut dan badan berbau tanda kita ada sembelit. thanks for sharing! 😀