Sembelit bukanlah penyakit tetapi ia merupakan satu gejala dimana seseorang individu itu mengalami kesukaran untuk membuang air besar dan kekerapan yang kurang daripada kebiasaan individu lain. Sembelit boleh terjadi kepada sesiapa sahaja jika kurang pengambilan air dan serat dalam pemakanan harian.