Kita bakal menghadapi krisis kewangan jika kita tidak mahu berubah untuk perbaiki kehidupan kita dan keluarga dan masih mahu berada dalam zon selesa.
Menulis Untuk Berkongsi Ilmu
Kita bakal menghadapi krisis kewangan jika kita tidak mahu berubah untuk perbaiki kehidupan kita dan keluarga dan masih mahu berada dalam zon selesa.
Baru-baru ini terdengar rungutan graduan lepasan ijazah yang baru mulakan kerja katanya dia memiliki ijazah tetapi gaji pokok hanya dibayar kurang dari RM2000.
Walaupun sudah menggenggam segulung ijazah bukan senang untuk mendapatkan pekerjaan yang bersesuaian dan setimpal dengan gaji, apatah lagi baru mula memasuki alam pekerjaan dan tiada pengalaman.
Dalam menempuh zaman ekonomi yang mencabar pada masa ini, kita memerlukan kedudukan kewangan yang kukuh. Kerja hakiki yang kita ada sekarang pastinya tidak mampu untuk menampung perbelanjaan dan keperluan seharian kita dan keluarga.
Hidup bukan kerana duit TAPI untuk hidup perlukan duit.
Makin canggih dan moden dunia hari ini, makin sukar kita untuk teruskan hidup dengan keadaan ekonomi dan kos sara hidup yang semakin meningkat. Perkara ini bukan hanya dirasai mereka yang menetap dikawasan bandar tetapi kawasan luar bandar juga.