Jerawat merupakan masalah cela diwajah yang sering dihadapi oleh kebanyakkan individu yang pastinya akan membuatkan mereka tidak selesa, malu dan hilang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang ramai disebabkan masalah jerawat ini.
Apa yang membuatkan mereka lebih tertekan jika ianya meninggalkan parut hitam atau berlubang. Seakan tidak mahu keluar rumah atau ke pejabat.
Jenis-jenis Jerawat
Ada beberapa jenis jerawat yang tumbuh di muka kita
Jerawat Papula – Jerawat radang kulit, berbentuk benjolan lembut kemerah-merahan.
Jerawat Pustules – Bintik merah yang muncul sebagai bintil merah ber’mata’ putih atau kuning ( bernanah)
Blackheads – Terjadi apabila pori kulit tersumbat dengan sebum (minyak), bakteria dan sel-sel kulit mati. Warna hitam disebabkan pigmen kulit-melanin, ianya bertindak balas dengan oksigen di udara.
Whiteheads – Terbentuk ketika pori tersumbat sepenuhnya dan memerangkap sebum (minyak), bakteria, dan sel-sel kulit mati. Kelihatan putih-putih di permukaan kulit.
Nodul (jerawat kronik) – Bentuk benjolan keras di bawah permukaan kulit-lebih besar dan sangat menyakitkan, kadang-kadang tidak akan hilang selama berbulan-bulan. Jerawat ini menyumbang kepada parut berlubang dan trauma teruk serta luka pada permukaan kulit.
Jika tidak di rawat dengan betul nodul ini akan terbentuk semula walaupun selepas ianya kecut. Lebih besar ruangan radang lebih mudah ianya terbentuk nanah dan akan meninggalakan parut jerawat jika tiada perawatan dan ubat yang sesuai.
Punca Dan Faktor Tumbuhnya Jerawat
Hormon
Biasanya dialami oleh remaja perempuan dan awal 20-an kerana pengeluaran sebum yang banyak oleh hormon androgen disebabkan kelenjar sebaceous mengembang. Semakin meningkat dewasa semakin kurang penghasilan sebum tersebut.
Jangkitan Bakteria
Orang yang mengalami masalah jerawat mempunyai banyak bakteria pada kulit kerana salah satu bakteria yang biasa ditemui dalam sel kulit iaitu Propionibacterium acnes dimana makanannya adalah sebum dan sel-sel mati pada permukaan kulit.
Elakkan menyentuh jerawat bagi mengelakkan bakteria dipindahkan ke bahagian lain. Kerap tukar sarung bantal dan pastikan tangan anda bersih jika ingin menyentuh muka.
Penggunaan alat solek dan penjagaan kulit muka.
Antara sebab kenapa jerawat mudah tumbuh jika tidak dibersihkan dengan sempurna kerana ia akan membuatkan pori wajah tersumbat. Penggunaan alat solek dan penjagaan kulit yang tidak sesuai dan mengandungi bahan kimia berbahaya juga boleh menjadi sebab kenapa jerawat tumbuh.
Pastikan anda memilih yang semulajadi dan selamat digunakan supaya kulit lebih sihat dan tidak mendatangkan masalah dikemudian hari.
Makanan
Sedikit sebanyak pemakanan kita mempengaruhi pertumbuhan jerawat kerana ia memperngaruhi hormon-hormon dalam badan termasuk hormon androgen. Elakkan makanan yang berminyak dan pedas kerana boleh mengaktifkan keradangan pada jerawat.
Pengambilan produk tenusu, makanan berproses yang berlebihan juga boleh menyebabkan tumbuhnya jerawat.
Stress
Stress boleh menjadi punca jerawat keluar dengan lebih banyak kerana adrenalin dan hormon androgen akan dikeluarkan secara berlebihan. Ini akan memburukkan lagi tanda jerawat jika anda stress yang teruk. Apapun ia masih boleh dicegah dan cuba tangani stress sebaik mungkin.
Penghadaman
Masalah penghadaman dan usus, toksin berlebihan dan sembelit juga antara punca jerawat tumbuh.
Untuk mendapatkan hasil tebaik, ia perlu dirawat dari dalam dan diikuti luaran. Mengamalkan pemakanan yang sihat, pengambilan suplemen dapat membantu mengatasi masalah jerawat dan parut jerawat. Untuk luaran pula, pastikan penjagaan muka sesuai dengan jenis kulit anda dan ianya dari bahan semulajadi.
Cadangan Suplemen Untuk Masalah Jerawat
Untuk Dalaman
Vivix – kaya antioksidan, memperbaiki kulit hingga ke DNA
Shaklee Collagen Powder – menganjalkan kulit, melembapkan kulit
Sustained Released Vita C Plus – Membantu kecutkan jerawat, meransang pembentukan kolagen, membantu proses pembaikan tisu kulit
Vita E Complex – Membantu mengurangkan parut, antioksidan, memperbaiki struktur asas kulit,
GLA Complex – Membantu menstabilkan hormon, mengurangkan jerawat, melembapkan kulit
Alfalfa Complex – Detoks, membuang toksin,
Garlic – Berfungsi sebagai antibiotik,
Soy Protein Isolate Powder – Sumber protein yang membantu mencantikkan kulit,
Coq-Trol Plus – Membantu memberi tenaga kepada kulit, memperbaiki struktur kulit.
B Complex – Membantu mengurangkan penyebab jerawat, membantu kurangkan stress, kelesuan, kelihatan segar dan tidak kusam.
Untuk Luaran
Youth Skincare – bebas bahan kimia terlarang, semulajadi, diuji secara klinikal, kesan seawal 7 hari.
Info lanjut mengenai Youth sila klik >>> KLIK SINI <<<
Antara Yang Berjaya Selesaikan Masalah Jerawat Dengan Shaklee
Memiliki kulit wajah yang sihat dan halus mulus kini bukan lagi angan-angan cinderella.
Klik di sini untuk pesanan Kombinasi Nutrisi Masalah Jerawat anda
Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp
Email : admin@pendankertas.com
Boleh follow saya di :
Facebook : Syahida Noor
Fanpage : NotaVitamin | Mynotavita | Beauty With Eida
Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin | @beautywitheida
Youtube : mynotavita Channel