Punca Dan Cara Mengatasi Gastrik Dari Berulang Dan Menjadi Kronik

 

Penyakit gastrik boleh menyerang sesiapa sahaja, jika anda selalu lambat atau skip makan, mengambil makanan pedas atau masam, tidak makan dengan teratur dan tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Malah stress juga boleh membuatkan anda gastrik.

 

Rasa pedih perut yang melampau, pedih ulu hati, kembung perut akan membuatkan anda tidak selesa dan pastinya mengganggu aktiviti harian.

Asid hidroklorik yang dikeluarkan oleh perut kita berfungsi untuk mencerna makanan secara semulajadi. Ianya sangat kuat dan bersifat menghakis.

Manakala gastritis adalah keradangan yang berlaku pada permukaan perut. Permukaan perut kita ini dilapisi dengan mukosa untuk mengelakkannya dari terhakis.

Sekiranya tiada keseimbangan antara rembesan asid hidroklorik dan lapisan pertahanan (mukosa), maka akan terjadilah gastrik dan bahayanya ia adalah kerana dinding perut kita menjadi semakin nipis disebabkan hakisan asid hidroklorik tersebut.

 

Tanda Tanda Berlakunya Gastrik

  • Kerap sakit kepala terutamanya ketika perut kosong atau lewat malam.
  • Rasa loya atau mual.
  • Rasa sebu perut dan tiada selera makan.
  • Muntah berwarna kuning, mengandungi darah atau darah bergumpal.
  • Sakit perut yang teramat sangat.
  • Sendawa apabila bahagian badan tertentu digosok atau diurut.
  • Berat badan turun dengan mendadak.

Pesakit boleh mengalami ulser perut yang boleh menyebabkan pendarahan jika gastrik terlalu kronik. Ianya boleh dikenali dengan

  • Najis menjadi hitam
  • Muntah berdarah ataupun hitam seperti kopi.

 

Sebaiknya berjumpa doktor dan dapatkan rawatan awal untuk pemeriksaan lanjut bagi mengelakkan gastrik menjadi kronik dan meningkatkan risiko kanser perut atau kanser usus jika tidak dirawat dengan cepat.

 

Punca Masalah Gastrik

Makanan Pedas – meransang lebih banyak rembesan asid perut untuk mencernakan makanan.

Makanan Dan Minuman Masam – Meningkatkan kesan asid pada lapisan permukaan perut.

Makanan Berminyak Dan Berlemak – Sukar untuk dihadam dan menyebabkan lebih banyak asid perut dirembeskan.

Merokok – Mengurangkan kecekapan Lower Esophogeal Sphincter yang berfungsi sebagai pintu pagar bagi membenarkan makanan masuk ke dalam perut dan menutupnya kembali.

Minuman berkafein – Meransang rembesan asid perut.

Penggunaan NSAIDS (non-steroidal anti inflammatory drugs) – Pengambilan yang berterusan dan kerap (contoh:aspirin) akan menyebabkan hakisan kepada lapisan permukaan perut.

Stress Atau Tekanan Emosi – Perut akan merembeskan asid dengan banyak apabila kita berada dalam keadaan tertekan.

Jangkitan bakteria H.Pylori – Bakteria ini boleh menyebabkan dinding perut luka (gastrik ulser).

 

Cara Mengatasi Masalah Gastrik

  • Berhenti merokok.
  • Elakkan mengambil ubat tahan sakit.
  • Mengamalkan pemakanan yang sihat dan diet yang seimbang.
  • Elakkan mengambil makanan yang masam, pedas, bercili, berempah dan banyak bahan pengawet.
  • Jangan tangguh atau skip makan.
  • Makan sedikit tetapi kerap.
  • Minum air masak secukupnya.
  • Mengurangkan pengambilan minuman berkafein dan berkarbonat.
  • Berhenti mengambil minuman beralkohol.

 

Wanita ini bebas dari gastrik yang dialaminya selama 10 tahun

 

Cadangan Suplemen Bagi Membantu Masalah Gastrik

Dengan pengambilan nutrisi ini secara konsisten dapat membantu mengelakkan masalah gastrik dari berulang.

Vivix – Membantu memelihara dan memperbaiki sel-sel yang rosak akibat hakisan asid dalam perut, tingkatkan imun badan.

 

Soy Protein Isolate Powder – Membantu meneutralkan asid dalam perut, sumber protein soya non-GMO yang tinggi sifat kealkaliannya, membantu membina sel-sel baru dengan menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat hakisan asid hidroklorik yang menghakis dinding perut.

B Complex – Membantu dalam proses sintesis DNA, membantu mengawal tekanan, membina tenaga dalam proses metabolisma, mengandungi 8 jenis Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh untuk menggantikan nutrisi yang hilang dari badan akibat tekanan kerja, alkohol dan ubatan.

Ostematrix – Membantu mengurangkan keasidan dalam perut kerana lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali, mengurangkan rasa pedih ulu hati dengan cara menaturalkan asid yang memasuki esofagus.

Peppermint Ginger Plus – Membantu mengurangkan masalah sebu, senak perut dan menyingkirkan angin dalam badan, mengurangkan rasa tidak selesa akibat masalah penghadaman.

 

Ikhtiar Masalah Gastrik Dengan Shaklee

 

 

Jangan biarkan masalah gastrik menjadi kronik dan berisiko untuk mendapat kanser.

 

Dapatkan kombinasi nutrisi anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge