Wanita memang memerlukan penjagaan yang premium, samaada penjagaan dari luaran mahupun dalaman. Penjagaan rahim amatlah dititikberatkan kerana jika sambil lewa bimbang rahim tidak sihat hingga berlakunya peranakan jatuh.
Tidak kira siapa pun anda, berkahwin, pernah melahirkan anak ataupun wanita yang masih belum berkahwin jika anda acapkali melakukan aktiviti lasak ataupun mengangkat barang yang berat adalah berisiko untuk mengalami peranakan jatuh. Ia perlu menjadi perkara yang merisaukan bagi mereka yang bergelar wanita. Salah satu punca sukar mengandung ialah peranakan jatuh kerana ia merupakan tanda rahim tidak sihat.
Peranakan jatuh adalah disebabkan kerosakan atau kelemahan yang berlaku pada otot dan ligamen dibahagian pelvis dan ia tidak boleh menampung organ pada bahagian tersebut. Apabila ini berlaku, rahim akan jatuh keluar ke lubang faraj, pundi kencing menonjol ke bahagian dinding faraj dan usus besar ke bahagian belakang faraj.
Punca Peranakan / Rahim Jatuh
- Selalu mengangkat barang atau beban yang berat
- Jatuh terduduk atau terhentak dengan kuat
- Tidak berpantang dengan baik selepas bersalin
- Obesiti
- Sering melakukan aktiviti lasak
- Selalu menolak barang atau benda menggunakan kaki terutama ibu jari kaki kerana ia berkaitan dengan rahim
- Menopaus
- Batuk atau sembelit yang kronik
- Ketumbuhan seperti fibroid yang besar
- Keturunan
- Merokok
- Pernah menjalani pembedahan pelvis (histeroktomi)
- Pembetulan pundi kencing
- Kerosakan atau kecederaan pada saraf tunjang
- Usia
Tanda Rahim Tidak Sihat / Peranakan Jatuh
- Kerap membuang air kecil atau kencing tidak lawas, mudah dijangkiti kencing kotor.
- Kaki tangan rasa sejuk, badan rasa nak demam selepas waktu asar
- Sakit pinggang, sengal-sengal seperti sakit senggugut
- Sakit pada bahagian bawah perut (ari-ari), rasa kebas pada bahagian betis dan peha
- Mudah merasa penat bila melakukan kerja
- Sakit tumit, rasa berdenyut-denyut dan mencucuk-cucuk dengan tiba-tiba. Tapak kaki rasa sengal, menyucuk dan kejang.
- Jika berdiri terasa seperti rahim jatuh ke bawah.
- Sakit perut yang luar biasa, kembung perut, mencucuk-cucuk kerana angin dalam perut dan rahim.
- Sakit ketika hubungan kelamin.
- Kentut vagina, rahim bermasalah, vagina kembang
- Keputihan luar biasa, vagina sentiasa basah, beriar dan berbau.
Jika keadaan bertambah teruk, rahim akan jatuh keseluruhannya. Ini akan menyebabkan luka dan berdarah serta jangkitan kuman boleh berlaku.
Buat semua wanita, jangan abaikan jika berlaku tanda-tanda yang disebut di atas, dikhuatiri masalah rahim anda bertambah serius. Jika serius untuk kembali pulih mengambil masa dan mungkin tidak seperti sebelumnya.
Cara Mengesan Peranakan / Rahim Jatuh.
Terdapat dua cara yang anda boleh lakukan sendiri di rumah.
Secara baring (lebih disarankan untuk yang masih belum berkahwin)
- Baring lurus, tidak perlu bantal
- Sapu minyak pada keseluruhan perut terutama bahagian bawah pusat di atas ari-ari
- Gosok perlahan-lahan
- Mulakan urutan dari sebelah kiri perut dan bawa ke tengah
- Urut pula sebelah kanan perut dan bawa ke tengah
- Bernafas seperti biasa
- Tekan bahagian bawah pusat betul-betul di atas ari-ari, jika terasa sengal dan ada benjolan bermakna rahim anda jatuh
Secara Mencangkung (khas untuk mereka yang sudah berkahwin)
- Masukkan jari ke dalam faraj hingga ruas yang ketiga
- Jika belum bampai ruas ketiga, anda tersentuh seperti bebola atau guli tetapi lembut, bermakna rahim anda sudah jatuh
Jadi segeralah berjumpa dengan doktor pakar jika terdapat ciri-ciri rahim jatuh untuk rawatan awal.
Pencegahan Awal Peranakan / Rahim Jatuh
- Jangan angkat beban atau benda berat
- Jangan tolak barang dengan kaki terutamanya ibu jari kaki.
- Kawal berat badan, amalkan pemakanan yang sihat.
- Amalkan senaman kagel / pelvik (kemutan) untuk menguatkan otot dalaman
- Elakkan berdiri terlalu lama.
- Elakkan minum dan makan yang sejuk.
- Memakai baju pelansingan yang bersesuaian, tidak terlalu ketat
- Jangan merokok dan jauhkan diri dari perokok
- Elakkan kehamilan yang kerap
- Pakai stokin untuk memanaskan kaki.
- Bertungku untuk mengecutkan rahim dan melancarkan peredaran darah.
Rawatan Untuk Peranakan / Rahim Jatuh
Rawatan yang ditawarkan adalah bergantung kepada tahap usia, simptom, kesihatan dan kesannya terhadap individu yang mengalami masalah peranakan jatuh.
- Pakar fisioterapi akan mengajar teknik senaman pelvik
- Menggunakan pesari faraj alat berbentuk gelang untuk mengekang rahim daripada jatuh
- Urutan dari bidan yang pakar bagi menaikkan semula rahim yang jatuh (peringkat awal)
- Bertangas
- Bertungku
- Pembedahan yang merupakan pilihan terakhir untuk membuang rahim
Suplemen Yang Boleh Membantu Peranakan / Rahim Jatuh
Amatlah disarankan untuk berikhtiar dengan Set Premium Rahim Shaklee bagi membantu menaikkan kembali rahim yang jatuh.
Vivix – Mempertahankan sel, memberi tenaga kepada sel, memperbaiki sel, meningkatkan prestasi sel hingga ke peringkat DNA
Soy Protein Isolate Powder – Membantu pertumbuhan sel dan otot-otot dinding rahim supaya lebih teguh dan kuat, membantu menguatkan otot dan ligamen di sekitar rahim
Vita E Complex – Membantu menguatkan otot dan ligamen di sekitar rahim, membantu menguatkan rahim
Alfalfa Complex – Membantu mengeluarkan darah kotor, membantu mengecutkan rahim, menguatkan rahim, membantu menguatkan otot dan ligamen di sekitar rahim
Sakit senggugut pun boleh pitam inikan peranakan jatuh.
Jagalah aset yang satu ini kerana jika dibuang ianya tiada ganti. Hargai dan sayangi diri anda.
Jom jaga peranakan dengan kombinasi nutrisi, klik untuk pesanan
Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp
Email : admin@pendankertas.com
Boleh follow saya di :
Facebook : Syahida Noor
Fanpage : NotaVitamin | Mynotavita | Healthy With Eida
Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin
Youtube : mynotavita Channel
3 Comments
Risau kalau ade masalah macam ni. Thanks. Good info.
sangat bagus perkongsian ini. kadang-kadang kita selalu terlepas pndg penjagaan kesihatan rahim
Haduii minta dijauhkan. Yang dah beranak pinak memang kena jaga betul2.
Terima kasih atas perkongsian 🙂
Cara Kawal Tekanan Darah Supaya Normal