Punca Tanda Dan Tangani Masalah Adhesion Colic Secara Semulajadi

 

Anda pernah menjalani pembedahan pada bahagian abdomen bawah? Jika anda mengalami sakit dan kembung perut yang amat sangat, rasa loya dan muntah, tidak boleh membuang angin dan air besar. Jika keadaan ini berterusan dan kesakitannya makin bertambah adalah disarankan segera berjumpa doktor kerana anda berkemungkinan mengalami Adhesion Colic.

 

Dalam bahasa mudah, Adhesion Colic ialah usus-usus yang melekat bersama organ dalaman lain disekitarnya seperti perut dan rahim kesan daripada pembedahan.

Parut yang terbentuk dari tisu fibrois yang menyambung bahagian tisu yang luka akibat pembedahan tidak lagi bersifat elastik, pembentukan parut dari tisu itu tadi yang menyebabkan berlakunya Adhesion Colic.

Pembentukan parut yang berlebihan secara tidak langsung mengganggu fungsi usus. Usus mengecil menyebabkan makanan dan gas tidak dapat melaluinya ia akan mengembang dan menyakitkan.

Individu yang paling berisiko untuk menghadapi Adhesion Colic adalah wanita yang bersalin secara Caesarean (Czer) disebabkan rahim akan mengalami proses menguncup kerana semasa mengandung rahim akan mengembang, kemungkinan untuk pelekatan usus dan organ dalaman termasuk rahim tinggi jika tidak menjaga pemakanan yang betul.

Terdapat banyak kes-kes yang berlaku, individu yang mengalami Adhesion Colic terpaksa dibedah semula kerana rahim melekat bersama usus dan organ dalaman yang lain. Biarpun dapat diselamatkan, masalah lain bakal menanti kerana rahim sudah hilang keanjalannya. Ada yang kerana rahim rosak teruk disebabkan melekat bersilang-silang, rahim terpaksa dibuang.

 

Tanda-Tanda Adhesion Colic

  • Sakit perut (cramp like-pain) – kelekatan melibatkan saraf
  • Kembung perut
  • Sakit dibahagian ari-ari
  • Loya atau muntah
  • Sukar atau tidak boleh membuang air besar kerana usus tersumbat.
  • Tidak boleh membuang angin/gas

 

Punca Adhesion Colic

Adhesion Colic merupakan proses diluar kawalan kita apabila tubuh kita memberi tindak balas yang berlebihan terhadap tisu yang luka. Antara faktor yang menjadi punca Adhesion Colic :

– Komplikasi pembedahan terdahulu – Individu yang menjalani pembedahan berisiko untuk mengalami Adhesion Colic seperti bersalin secara pembedahan (Czer), buang apendik (Appendicectomy), apendik pecah, pembuangan batu hempedu dan sebagainya.

– Amalan meminum pati ikan haruan atau gamat – Hasil kajian perubatan setelah disoal rata-rata wanita bersalin czer mengamalkan pati ikan haruan dan gamat. Dikatakan fungsi organ boleh terjejas dengan mengambil pati ikan haruan atau makan ikan haruan atau gamat semasa proses penyembuhan luka pembedahan.

 

 

Cara Menangani Kesakitan Adhesion Colic

  • Segera ke hospital jika tanda-tanda Adhesion Colic berterusan selama lebih dari 12 jam untuk mendapatkan pemeriksaan dan rawatan doktor kerana berisiko usus telah tersumbat sepenuhnya.
  • Pesakit akan diberi suntikan penahan sakit seperti tramadol, morphine atau pethedine. Jika kesakitan masih berpanjangan ujian ultrasound dan abdominoscopy akan dijalankan untuk melihat masalah ini supaya lebih tepat.
  • Pembedahan segera akan dijalankan bagi menggelakkan usus dari pecah dan busuk dan ianya membahayakan nyawa!

Jadi jangan malu untuk berbincang dengan doktor anda.

 

Alternatif Lain Menangani Adhesion Colic

Selain daripada mengamalkan makanan yang mengandungi banyak serat untuk memudahkan pembuangan harian, terdapat suplemen semulajadi yang boleh membantu anda menangani sakit Adhesion Colic

Vivix –¬†Membantu memperbaiki hingga ke peringkat sel, membantu memberi kesihatan yang baik, mengandungi antioksidan yang tinggi, bersifat anti radang dan anti inflamasi.

Herblax –¬†Memudahkan proses pembuangan, melegakan sembelit, melancarkan usus.

Peppermint Ginger Plus – Membantu membuang angin dalam usus, mengurangkan rasa sakit pada abdomen dan kembung perut, melegakan rasa loya dan muntah, membantu merawat Sindrom Gangguan Usus.

Alfalfa Complex –¬†Membantu mencuci usus, membantu masalah penghadaman dan pencernaan, melegakan sembelit, membuang angin dalam badan

 

Hargai dan sayangi diri anda. Jangan biarkan kesakitan ini beterusan kerana ianya boleh membawa maut.

 

Dapatkan nutrisi anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge