Cara Mengatasi Masalah Bengkak Tonsil Dengan Selamat Dan Berkesan

 

Bengkak tonsil atau radang tonsil boleh terjadi kepada sesiapa sahaja samada di kalangan dewasa mahupun kanak-kanak. Walaupun ia merupakan masalah biasa tetapi jika kita tidak ambil peduli dan menanganinya dengan baik boleh menyebabkan masalah tonsil menjadi lebih serius.

Tonsil merupakan 2 nodus limpa dibahagian belakang tekak yang terletak di bahagian kiri dan kanan rongga mulut. Ia adalah salah satu daripada sistem pertahanan badan kita dimana ia berfungsi untuk menapis dan menghalang virus juga bakteria daripada masuk ke dalam badan kita.

Akibat dari kegagalan tonsil menjalankan fungsinya dan tidak lagi mampu menahan serangan virus dan bakteria, ia akan membengkak dan merah dan juga kelihatan tompok putih dikawasan tonsil itu.

Ini adalah tindak balas bagi melawan penyakit dengan penghasilan lebih banyak sel. Jika berlaku jangkitan, tonsil akan menjadi bengkak dan menjadi radang yang dinamakan tonsilitis atau radang tonsil.

Biasanya tonsil berlaku pada kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas dan palingbkerap menyerang mereka yang berusia 5-15 tahun,  bagaimanapun kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah dan bayi juga berisiko untuk mendapat tonsil.

 

Faktor Penyebab Bengkak Tonsil

  • Jangkitan bakteria seperti streptococcus boleh menyebabkan tonsil bengkak dan bernanah.
  • Jangkitan virus seperti Epstein Barr Virus, adenovirus atau measles juga boleh menyebabkan pembengkakan tonsil.

 

Tanda-tanda Bengkak Tonsil

  1. Sakit tekak yang biasa atau teruk
  2. Sukar atau sakit untuk menelan
  3. Demam dengan suhu yang tinggi
  4. Sakit kepala dan sakit-sakit badan
  5. Suara parau atau hilang suara
  6. Bengkak pada leher
  7. Timbul bintik / tompok putih pada kawasan tonsil
  8. Mulut berbau busuk
  9. Berdengkur semasa tidur

Bengkak tonsil yang besar akan mengganggu pernafasan hingga menyebabkan berlakunya “Sleep apneoa” atau penyakit berhenti bernafas semasa tidur. Dikaitkan dengan tidur berdengkur dan kesukaran bernafas semasa tidur.

Kekerapan menghadapi masalah bengkak tonsil menunjukkan imun badan kita lemah dan akan mudah dijangkiti penyakit.

 

Cara Mengatasi Bengkak Tonsil

Beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah bengkak tonsil, antaranya :

  • Jangkitan ringan – Kebiasaannya akan sembuh dengan sendiri tanpa rawatan.
  • Minum air yang banyak untuk elak dehidrasi terutamanya jika mengalami demam dengan suhu yang tinggi.
  • Ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen. Pastikan sudah mendapat khidmat nasihat dari doktor.
  • Ubat kumur atau spray
  • Antibiotik untuk membunuh bakteria. Memerlukan khidmat nasihat dan pemerhatian dari doktor.
  • Mengamalkan petua dengan bahan semulajadi seperti madu, kunyit dan sebagainya.
  • Pembedahan.

 

 

Suplemen Yang Boleh Membantu Tingkat Sistem Imun

Pengambilan suplemen boleh membantu mengatasi masalah bengkak tonsil memandangkan ia merupakan salah satu masalah sistem pertahanan tubuh. Kombinasi nutrisi dari Shaklee boleh membantu sebagai rawatan alternatif bagi masalah bengkak tonsil.

Vivix – Membantu pelihara kesihatan secara menyeluruh, membantu memperbaiki hingga ke sel DNA, membantu tingkatkan imun tubuh.

Nutriferon – Meningkatkan sistem imun dalam masa 3 hari, merangsang dan tingkatkan secara keseluruhan sistem tubuh, melindungi secara berkesan daripada virus termasuk selsema, flu, alergi dan influenza, meringankan stress dan kelesuan, meringankan kemudaratan yang disebabkan keresahan, stress, kelesuan dan gaya hidup sibuk, antibiotik semulajadi.

Sustained Release Vita C Plus – Sebagai barisan pertahanan hadapan sel tubuh untuk memerangi radikal bebas yang menyerang sel-sel dalam badan, membantu meredakan selsema dan demam, sebagai antioksidan, Membantu mengekalkan kesihatan tubuh dengan menjadi agen- anti mutan, anti karsinogen, dan anti penuaan.

Garlic – Antibiotik semulajadi yang sangat bagus, bertindak menghalang jangkitan bintik-bintik putih ataupun kuman, untuk bengkak tonsil, bergantung sepenuhnya kepada imun badan untuk mengecut dan kembali ke asal.

OmegaGuard – Sumber omega 3 terbaik dunia, membantu memperbaiki alahan kulit seperti ekzema, alergi, memperbaiki tisu paru paru sangat sesuai utk pesakit lelah, bronkitis peparu berair, batuk batuk dan anti bengkak serta anti radang.

 

Testimoni Bengkak Tonsil Dengan Shaklee

 

 

Jangan biarkan bengkak tonsil semakin membengkak dan mengganggu hari anda.
Elak risiko yang lebih serius hingga terpaksa dibedah.

 

 

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge