Cara Mengatasi Masalah Kencing Kotor Dengan Selamat Dan Berkesan

 

Baru sahaja melangkah keluar dari tandas sudah berpatah balik untuk membuang air kecil lagi, bagaikan tidak tertahan-tahan. Kadang-kadang sampai dua tiga kali, ada ketikanya rasa pedih semasa membuang air kecil. Pernahkah perkara ini terjadi kepada anda?

 

 

Kencing kotor atau kencing tidak lawas merupakan salah satu masalah pundi kencing disebabkan jangkitan pada saluran kencing atau Urinary Tract Infection (UTI). 80% punca jangkitan salur kencing disebabkan bakteria E.coli.

Saluran kencing (uretra) adalah sistem penapisan untuk membuang segala sisa kotoran dan cecair. Daripada buah pinggang ke pundi kencing, air kencing akan melalui tiub kecil yang dipanggil ureter dan akan keluar melalui saluran uretra.

Kebiasaannya kencing kotor selalu terjadi kepada wanita berbanding lelaki kerana wanita mempunyai saluran kencing (uretra) yang lebih pendek menyebabkan bakteria lebih mudah merebak ke saluran kencing dan berada berdekatan dubur. Ia berlaku kepada wanita yang berusia 20-50 tahun. Hampir 50% daripadanya akan mengalami sekali seumur hidup.

 

Faktor Berlakunya Kencing Kotor

  • Pyelonephritis – jangkitan buah pinggang atau atas saluran kencing.
  • Ureteritis – jangkitan ureter atau saluran kencing.
  • Cystitis – jangkitan pundi kencing atau bawah saluran kencing.
  • Urethritis – jangkitan urethral

 

Tanda-Tanda Masalah Kencing Kotor

  • Kerap membuang air kecil atau kencing tidak lawas
  • Tidak dapat mengawal atau menahan rasa untuk membuang air kecil.
  • Berasa sakit dan pedih semasa membuang air kecil.
  • Sakit pada bahagian ari-ari
  • Kuantiti air kencing berubah
  • Air kencing berbau busuk, keruh atau berdarah
  • Mengalami demam, seram sejuk dan menggigil
  • Sakit semasa hubungan intim
  • Berasa loya dan muntah

Jika tidak dirawat dan di diagnos pada peringkat awal, ia boleh menjadi lebih berisiko hingga menyebabkan kerosakkan buah pinggang. Lebih kritikal jika jangkitan merebak hingga ke peredaran darah boleh menyebabkan kematian!

 

Punca Masalah Kencing Kotor

  • Jangkitan bakteria E.coli
  • Sering mengelap dari belakang ke depan selepas membuang air besar
  • Hubungan intim dimana kemaluan wanita disentuh dengan tangan atau zakar yang kotor
  • Penggunaan kontraseptif pembunuh sperma atau spemasid
  • Tangan yang tidak bersih semasa memasukkan tampon
  • Perubahan hormon bagi wanita mengandung

 

Cara Atasi Masalah Kencing Kotor

  • Minum air kosong sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengeluarkan kuman dalam pundi kencing.
  • Elak pengambilan kafein dan alkohol yang boleh mengganggu pundi kencing.
  • Pengambilan antibiotik seperti yang disarankan oleh doktor.
  • Tidak bertangguh untuk membuang air kecil kerana ia menggalakkan lagi pembiakkan bakteria.
  • Menjaga kebersihan alat sulit dengan mencuci dan mengelap dari depan ke belakang.
  • Menggunakan pakaian yang longgar.
  • Membuang air kecil sebelum dan selepas hubungan intim.
  • Menukar tuala wanita atau panty liner dengan kerap.
  • Mengamalkan pengambilan vitamin C yang secukupnya.
  • Menjalankan pemeriksaan lanjut dengan mereka yang bertauliah bagi mengatasi masalah yang lebih kritikal.

 

Cara Alternatif Mengatasi Masalah Kencing Kotor

Dengan mengamalkan kombinasi nutrisi dari shaklee secara konsisten boleh membantu mengatasi masalah kencing kotor kerana ia dari bahan semulajadi yang selamat dan berkesan.

Vivix – Menyokong kesihatan menyeluruh, membantu tingkatkan sistem imun.

Alfalfa Complex – Berfungsi sebagai antikulat, membantu mencuci dan merawat kencing kotor kerana jangkitan buah pinggang

Garlic – Antibiotik semulajadi, menghalang jangkitan kulat, kuman, bakteria dan virus.

Nutriferon – Antibiotik semulajadi, mengukuhkan sistem imun tubuh.

Sustained Release Vita C Plus – Menguatkan sistem imun tubuh, mengasidkan urin.

 

Ikhtiar Dengan Suplemen Shaklee

 

 

 

 

Jangan biarkan masalah kencing kotor mengganggu kehidupan harian anda. Cegah sebelum parah.

 

Dapatkan nutrisi anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @beautywitheida

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge