Kenali Tanda Gejala Kurap Dan Cara Mengatasinya Dengan Berkesan

 

Selain kayap, panau dan ekzema, kurap juga merupakan salah satu masalah kulit yang disebabkan jangkitan kulat atau fungi dermatophyte. Jangkitan kurap (ringworm) atau dalam istilah perubatan Tinea Corporis berlaku pada permukaan kulit yang membuatkan ia kelihatan tebal dan bersisik.

Selain itu ada juga kurap yang kelihatan seperti cincin dimana kulit ditengah-tengahnya normal tetapi dikelilingnya kemerahan. Kawasan yang selalu dijangkiti adalah permukaan kulit, kawasan lembap seperti kemaluan, kulit kepala dan kaki, bahagian pelipat seperti peha, perut dan punggung.

Kurap boleh berjangkit melalui sentuhan orang atau haiwan yang telah dijangkiti, malah juga boleh berjangkit sekiranya sesuatu objek itu turut dijangkiti kulat tersebut. kurap juga boleh berjangkit jika anda berkongsi tuala, pakaian, sikat atau apa saja milik pesakit kurap.

 

Golongan Yang Berisiko Mendapat Kurap

  • Mereka yang mempunyai sistem imun yang lemah amat berisiko untuk mendapat kurap.
  • Warga Emas
  • Kanak-kanak
  • Penghidap kencing manis (diabetes)
  • Pesakit kegagalan buah pinggang
  • Pesakit HIV dan AIDS
  • Veterinar dan penjaga zoo
  • Pekerja / pembantu makmal
  • Pekebun
  • Atlet
  • Penggunaan steroid

 

 

Tanda Gejala Kurap

Timbul ruam berbentuk bulat dipermukaan kulit, dikelilingnya kemerah-merahan dan kadangkala biji-biji berair. Antara gejala lain yang boleh kita kenali :

  • Ruam
  • Kulit kemerah-merahan, kering dan bersisik
  • Timbul biji-biji berair disekeliling ruam
  • Kegatalan di kawasan kurap
  • Jika di bahagian rambut boleh menyebabkan keguguran rambut (botak)
  • Kerosakan rambut
  • Kelemumur

 

Perkara Yang Perlu Dilakukan Apabila Dijangkiti Kurap

  • Jangan menggaru kerana boleh menyebabkan kurap merebak ke kawasan lain.
  • Mandi dengan membersihkan badan sebaiknya. lap dengan kering kawasan kurap supaya tidak menggalakkan pertumbuhan kulat.
  • Tukar tuala dan pakaian dengan kerap.
  • Berjumpa doktor untuk rawatan awal kerana saiznya boleh membesar dan merebak ke tempat lain.
  • Aktiviti harian boleh dijalankan seperti biasa, ianya akan terganggu jika mengalami kegatalan kronik dan kurap merebak.

 

Langkah Pencegahan

  • Menjaga kebersihan diri dan pakaian.
  • Tidak berkongsi barangan peribadi seperti sikat, tuala dan pakaian.
  • Tidak berada dalam keadaan berpeluh atau lembap dalam jangka masa yang lama.
  • Amalkan gaya pemakan dan hidup yang sihat.
  • Tidak mengambil steroid tanpa arahan dan nasihat pakar.
  • Elak dan jauhi haiwan yang berkurap.

 

Rawatan Yang Biasa Dilakukan

Setelah didiagnos oleh doktor, pesakit kurap biasanya akan diberi ubat sapu bergantung kepada sejauh mana kririkal masalah kurap tersebut.

  • Peringkat awal (kecil dan tidak merebak) – Ubat sapu seperti Clotrimazole atau Terbinafine.
  • Lebih besar dan merebak – Ubat berbentuk pil atau kapsul seperti Itraconazole.

Apapun ubat yang diambil mestilah mendapat arahan dan nasihat daripada doktor bagi mengelakkan kesan sampingan yang tidak diingini.

 

Rawatan Alternatif Penyakit Kurap

Bagi membantu meningkatkan kembali sistem imun yang lemah adalah dicadangkan menambah nutrisi yang kurang dengan pengambilan suplemen semulajadi.

Suplemen yang dicadangkan untuk masalah kurap :

Untuk Dalaman

Vivix – Meningkatkan kembali sistem imun badan, membantu memperbaiki sel-sel yang rosak hingga ke peringkat DNA, tinggi antioksidan.

Nutriferon – Membantu meningkatkan tahap imun badan dengan cepat.

Sustained Release Vita C Plus – Membantu tingkatkan sistem imun, melawan jangkitan kulat, antioksida, membantu merangsang pembentukan kolagen.

Soy Protein Isolate Powder – Membantu memperbaiki kembali sel-sel yang rosak, membantu memudarkan kesan parut.

OmegaGuard – Membantu mengurangkan keradangan kulit.

Garlic – Antibiotik semulajadi, membantu membunuh kuman, bakteria dan kulat.

Alfalfa Complex – Membantu mengurangkan kegatalan, buang toksin untuk membantu melawan jangkitan dan alahan

GLA Complex – Membantu mengurangkan keradangan, kekeringan dan kegatan pada kurap.

 

Untuk Luaran

Herbal Blend – Sapuan luar bagi mengatasi rasa gatal yang melampau, memberi rasa dingin.

Basic H – Sebagai rendaman baju dan cucian barang peribadi bagi membasmi kulat kurap.

Shaklee Baby Set –┬áterdiri daripada gentle wash (mandian yang menenangkan dan melegakan kulit, diuji sensitiviti), massage oil (melembap dan melegakan kulit, campuran organik yang menenangkan) dan soothing lotion (kelembapan yang optimum, mengembalikan nutrien kulit).

 

Antara Testimoni Masalah Kurap

 

 

Atasi masalah kurap sebelum ia merebak dan mengganggu aktiviti harian anda.

 

Dapatkan kombinasi nutrisi anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge