Punca Gejala Dan Risiko Kayap Atasi Dengan Cepat Dan Berkesan

 

Ada yang sedang alami masalah kayap? Bagai dicucuk-cucuk dengan jarum, tuhan je tahu betapa sakitnya bila kena kayap. Kayap atau dalam istilah perubatan herpes zoster adalah penyakit kulit yang melibatkan saraf disebabkan oleh jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV).

Bila seseorang individu pernah mengalami cacar air (chicken pox) virus ini sudah berada di dalam badan individu tersebut. Apabila cacar air sudah sembuh, virus ini akan tidak aktif dan berada di pusat saraf. Ia akan menjadi aktif semula apabila sistem imun menjadi lemah dan menyerang urat saraf dan menyebabkan berlakunya keradangan pada saraf tersebut.

 

Punca Kayap

  • Jangkitan Virus Varicella Zoster (VZV) yang menyebabkan cacar air (chicken pox).
  • Menjadi tidak aktif dan tinggal di kawasan saraf.
  • VZV menjadi aktif bertindak apabila sistem imun lemah dan tidak dapat menghalang virus tersebut, berlakunya keradangan saraf dan menyebabkan terjadinya kayap.

 

Faktor Risiko Terjadinya Kayap

  • Umur – Mereka yang usianya semakin meningkat dan kekuatan sistem imun berkurang.
  • Imun – Mereka yang lemah sistem imun disebabkan penyakit seperti HIV dan juga yang mengambil ubat-ubatan seperti steroid.

 

Gejala dan Tanda Kayap

Kayap akan menyerang urat saraf yang kebiasaannya pada bahagian dada, belakang atau muka.

Gejala awal yang akan berlaku adalah :

  • Pesakit akan berasa sakit badan, sakit sendi, rasa kebas dan panas dibahagian saraf yang terlibat.
  • Diikuti dengan demam, sakit kepala dan kepenatan.
  • Selepas 2-3 hari akan kelihatan tompok merah yang menyakitkan.
  • Selepas 1-2 hari tompok merah tadi akan naik gelembung kecil seperti ruam tetapi agak menyakitkan. Semakin membesar, bengkak, sakit dan pedih. Tidak seperti bengkak yang lain kerana apabila bergeser dengan baju atau tersentuh sangat pedih, sakit yang menyengat.
  • Selepas 2-3 hari gelembung tersebut akan berubah warna.
  • 1-2 minggu kemudian gelembung tersebut akan pecah, mengering dan berkuping. Lama-kelamaan kuping tersebut akan gugur sendiri.
  • Walaupun telah pulih sepenuhnya, sesekali akan terasa seperti ada renjatan elektrik di bahagian terjadinya kayap.

Bagi pesakit yang mempunyai sistem imun yang lemah, komplikasi yang berlaku terhadap individu tersebut lebih kronik berbanding mereka yang sihat.

Komplikasi yang kronik bergantung dimana berlakunya radang saraf tersebut. Jika dibahagian muka dan mata, boleh mengakibatkan keradangan mata hingga menjadi buta dan paralisis otot muka (facial palsy). Kadang kala keradangan organ dalaman termasuk otak, jantung, paru-paru dan usus berlaku disebabkan kayap.

 

Rawatan Kayap

Pastikan anda berjumpa doktor untuk didiagnos tentang penyakit kayap. Doktor akan membekalkan ubat bagi membantu melegakan kesakitan, mengurangkan tempoh masa penyakit dan mengelakkan komplikasi penyakit. Antara yang akan dibekalkan adalah :

  • Losyen kalamine untuk kurangkan rasa gatal dan sebagai antibakteria.
  • Ubat tahan sakit bagi kurangkan rasa sakit
  • Ubat antiviral untuk bantu kawal jangkitan virus.

 

Produk Terbaik Untuk Membantu Penyakit Kayap

Kayap disebabkan tahap imunisasi lemah. Jadi perlu tingkatkan kembali sistem imun bagi melawan virus kayap. Produk yang disarankan untuk membantu masalah kayap ialah :

Vivix – Suplemen antioksidan memperbaiki hingga keperingkat DNA, melindungi sel dari diserang virus dan melawan toksik dari virus tersebut.

Nutriferon – membantu meningkatkan sistem imun tubuh, melindungi tubuh dari infeksi flu dan virus.

Alfalfa Complex – Sebagai anti fungus dan agen detoks.

Garlic – antiviral dan antibakteria semulajadi, bantu melawan virus kayap.

B Complex – membantu melegakan saraf yang sakit akibat kayap

Lecithin – membantu hilangkan kesan parut

Herbal Blend – sebagai sapuan luar bagi melegakan rasa gatal dan panas

 

Testimoni Penyakit Kayap

 

 

 

Ikhtiar kayap sebelum ia menjadi kronik dan mengelakkan komplikasi lebih teruk.

 

Dapatkan nutrisi anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Mynotavita

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge