Cara Mengatasi Dan Menangani Masalah Buasir Elak Pembedahan

 

Antara masalah yang selalu dihadapi oleh masyarakat Malaysia selain sembelit ialah buasir. Berikutan rentetan dari masalah sembelit yang kronik yang menjadi salah satu punca buasir atau nama saintifiknya Hemorrhoid. Sebenarnya, ramai yang malu untuk menceritakan masalah ini, bagaimanapun jika tidak diberi perhatian bakal mengundang risiko yang tidak diingini.

Buasir boleh menyerang sesiapa sahaja, ada yang seawal belasan tahun sudah menghidapinya. Apapun ia adalah berkaitan dengan gaya pemakanan dan gaya hidup seseorang individu itu. Dianggarkan tiga daripada setiap empat orang akan mengalami buasir dalam hidup mereka.

Buasir merupakan masalah urat/salur darah yang membengkak atau mengembang di bahagian dubur (rektum) iaitu bahagian hujung usus. Ia akan membengkak apabila urat/salur darah membesar, meregang, menipis, dan merengsa semasa proses pembuangan atau meneran.

Jika hanya beberapa minggu, ia tidaklah merbahaya tetapi menyakitkan dan berasa tidak selesa. Sebaiknya anda perlu berjumpa dengan doktor bagi memastikan ianya tidak serius.

 

Terdapat dua jenis buasir iaitu

Buasir dalaman – ia berlaku dalam saluran dubur , tidak menyakitkan dan pendarahan rektum adalah tanda pertama berlakunya buasir dalaman. Dengan meneran boleh menyebabkan buasir dalaman terkeluar, ini dipanggil buasir menonjol atau tergelincir dan ianya juga menyakitkan.

Buasir luaran – ia berlaku di bawah kulit di sekitar dubur dan boleh dilihat. Lebih menyakitkan kerana erdapat saraf lebih sensitif di bahagian tersebut. Meneran boleh menyebabkan ianya berdarah.

 

Punca Terjadinya Buasir

Antara punca dan sebab berlakunya buasir :

  • Kehamilan.
  • Batuk kronik.
  • Sembelit kronik.
  • Duduk atau mencangkung dalam tempoh yang lama (terutamanya tandas cangkung).
  • Mengangkat beban atau objek berat berulang kali.
  • Obesiti.
  • Melakukan hubungan kelamin melalui lubang dubur.
  • Genetik. Lebih cenderung untuk mendapat buasir.

 

Tanda-Tanda Buasir

  • Sakit apabila duduk (bahagian dubur).
  • Apabila berdiri terlalu lama akan berasa tidak selesa.
  • Kawasan dubur berasa gatal-gatal atau kerengsaan.
  • Berasa sakit pada bahagian dubur semasa atau selepas membuang air besar.
  • Terdapat ketulan yang terkeluar dari kawasan dubur.
  • Terjadinya bengkak di bahagian dubur.
  • Najis akan diiringi dengan titisan darah segar.

 

Cara Mengatasi Menangani Risiko Buasir

Bergantung kepada tahap masalah buasir, terdapat pelbagai pilihan rawatan boleh dilakukan untuk pesakit buasir untuk mengatasi dan menangani masalah buasir

  • Banyakkan minum air kosong yang mencukupi 2-3 liter sehari.
  • Mengamalkan diet pemakanan yang tinggi serat seperti sayuran dan buah-buahan bagi mengelakkan sembelit.
  • Tidak bertangguh untuk ke tandas – pergi ke tandas sebaik sahaja anda ingin membuang air.
  • Melakukan aktiviti fizikal seperti bersenam adalah salah satu cara untuk melancarkan peredaran darah dan pergerakan usus bagi mengelakkan sembelit.
  • Kawal berat badan. Berat badan berlebihan berisiko mendapat buasir.
  • Perlu mengelakkan atau mengurangkan makanan yang mengganggu usus seperti makanan pedas, berempah, kopi dan teh.
  • Cuba elakkan duduk terlalu lama di dalam tandas.

 

Antara rawatan yang boleh dilakukan :

  • Menggunakan gel atau krim yang mengandungi zinc oxide bagi melegakan radang dan bengkak.
  • Gunakan tuala antiseptik untuk mengelap bahagian dubur. Elak menggunakan tuala atau tisu yang kasar atau mencuci dengan sabun.
  • Bagi mengurangkan pedih dan gatal-gatal, duduk dalam mangkuk ‘sitz’ yang berisi air suam.
  • Menggunakan sesetengah ubat penahan sakit bagi mengurangkan kesakitan dan ketidakselesaan seperti aspirin, ibuprofen dan acetaminophen (Tylenol).
  • Menggunakan pelembut najis atau julap.
  • Dapatkan rawatan dengan berjumpa doktor bagi menyelesaikan masalah buasir anda. Jangan malu kerana jika dibiarkan boleh mengundang bahaya.

 

 

Tangani Buasir Dengan Cara Semulajadi

Antara cara lain yang boleh diikhtiarkan untuk mencegah buasir agar tidak berterusan dan terus kronik dengan mengamalkan Set Buasir Shaklee. Pastinya selamat digunakan dan berkesan kerana ianya diperbuat dari bahan semulajadi.

Vivix – Membantu merawat dari dalam dengan mengecutkan buasir, membantu melancarkan peredaran darah (kes buasir tersepit)

OmegaGuard – Sebagai anti radang, membantu mengurangkan kesakitan, membantu menyurutkan bengkak.

Vitalea – Membantu mempercepatkan penyembuhan luka.

Ostematrix – Membantu melembutkan najis, membantu mengurangkan risiko buasir berulang, merupakan ubat tahan sakit semulajadi.

Sustained Release Vita-C Plus – Membantu mempercepatkan pemyembuhan luka.

Herblax – Membantu mengatasi masalah sembelit, membantu mengembalikan proses semulajadi pergerakan usus.

 

Pengalaman Mereka Yang Menghidapi Masalah Buasir

 

 

Buasir boleh menjadi kritikal hingga mengundang maut, jika dibiarkan dan tidak dirawat dengan segera.

 

Klik di sini untuk pesanan nutrisi tambahan anda


 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara pengambilan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Mynotavita | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge