Hand Foot and Mouth Disease lebih dikenali dengan HFMD adalah jangkitan virus yang biasanya berlaku kepada kanak-kanak berusia bawah 5 tahun (juga boleh berlaku kepada mereka yang berusia bawah 10 tahun). Ianya mudah berjangkit terutamanya jika anak-anak yang berada di tadika, sekolah, taska atau taman permaianan.
Apabila dijangkiti HFMD perlu dikuarantin selama 3-7 hari. Walaupun kebiasaannya akan sembuh sendiri tetapi kita perlu mengawalnya dari merebak dan menjangkiti orang lain.
Punca HFMD
Punca HFMD adalah disebabkan kumpulan Enterovirus iaitu Coxsackie Virus A16, Entero-virus (EV71) dan Echovirus. Ia boleh merebak dan menjangkiti daripada seseorang individu kepada individu lain melalui
- Sentuhan secara langsung seperti lelehan hingus, air liur, najis, gelembung air pesakit.
- Terdedah secara langsung kepada batuk dan bersin pesakit.
- Sentuhan kepada objek atau sesuatu yang tercemar dengan virus dari pesakit.
Tanda Dan Gejala HFMD
- Demam
- Sakit tekak
- Sakit Kepala
- Hilang selera makan
- Muntah
- Ulser atau bintik merah pada mulut, tekak dan lidah
- Ruam atau gelembung air pada tapak tangan, tapak kaki, punggung dan bahagian kemaluan.
Komplikasi Yang Boleh Berlaku
Dehidrasi
Ianya berlaku kepasa kanak-kanak kerana mereka tidak makan dan minum disebabkan ulser di dalam mulut.
Meningoencephalitis
Jangkitan kuman pada otak dan selaputnya.
Myocarditis
Radang pada otot jantung
Masalah penglihatan atau buta
Disebabkan jangkitan kuman membentuk parut pada bahagian retina mata.
Langkah Pencegahan
- Jika terdapat tanda dan gejala HFMD, sila berjumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka secepatnya.
- Pantau perubahan dan tingkah laku anak-anak seperti mengantuk dan kerengsaan
- Membawa anak-anak ke hospital dengan segera jika didapati mereka tidak mahu makan dan minum, muntah berterusan.
- Tidak menghantar anak ke sekolah, tadika, taska atau pusat asuhan jika terdapat gejala HFMD.
- Sapu dan bersihkan hidung dan mulut dengan tisu dan buang setelah digunakan dengan sebaiknya.
- Elakkan bersentuhan dengan mereka yang dijangkiti HFMD.
- Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun sebelum dan selepas keluar dari tandas, menyediakan makanan, menukar lampin dan mencuci najis.
- Tutup mulut jika batuk atau bersin.
- Jika tidak sihat, tidak berada di tempat awam yang sesak, tinggal dan berehat sahaja dirumah.
- Cuci permainan, perabot, alat memasak dengan pencuci anti septik dan antibakteria.
- Tidak berkongsi pakaian, mainan, makanan dan minuman dengan pesakit HFMD.
- Rebus pakaian untuk mematikan virus yang ada.
- Mengambil makanan yang berkhasiat.
Rawatan Semulajadi Yang Boleh Dilakukan
Disebabkan HFMD adalah jangkitan virus, sistem imun anak perlu dipertingkatkan bagi melawan virus tersebut. Antara perkara yang boleh ibu bapa/penjaga lakukan setelah didiagnos sebagai HFMD di klinik adalah :
- Sup dengan campuran bawang putih yang banyak sedikit dari biasa kerana bawang putih merupakan makanan antivirus selain bawang merah dan kunyit.
- Aiskrim vanilla untuk melegakan tekak dan mengurangkan bengkak yang dijangkiti ulser supaya memudahkan anak menelan makanan.
- Minyak kelapa dara atau minyak zaitun sebagai sapuan luar.
- Berikan makanan yang kaya dengan vitamin C.
Rawatan Alternatif HFMD
Selain dari ubat-ubatan dan rawatan rumah, anda juga boleh berikhtiar dengan suplemen bagi membantu menangani HFMD.
Untuk Dalaman
Meal Shake – lengkap 24 jenis mineral dan vitamin, bantu tingkatkan selera makan, bantu tingkatkan sistem imun badan, sebagai pengganti segera terhadap kekurangan vitamin, mineral dan tenaga.
Omega Guard – membantu mengatasi keradangan, bantu perbaiki masalah alahan kulit, bantu tingkatkan imun badan.
Vitalea For Children – multivitamin untuk kanak-kanak, menyokong sistem imun, nutrisi lengkap untuk anak-anak.
Nutriferon – menggalakkan sistem pertahanan semulajadi tubuh berfungsi dengan baik untuk membunuh bakteria, mempertingkatkan seluruh sistem imun, interferon semulajadi, melindungi tubuh daripada mikrob, virus termasuk flu dan influenza.
Performance Drink – bantu mencegah dehidrasi, bantu beri tenaga kepada otot dan sel dengan cepat, bantu tingkatkan daya tahan badan.
Untuk Sapuan Luar
Herbal Blend – bantu menyelesaikan masalah kulit gatal, menghilangkan parut akibat chicken pox dan demam campak, menghilangkan ruam pada bayi.
Antara Yang Berikhtiar Dengan Suplemen Untuk HFMD
Ambil peranan kita untuk mengawal HFMD walaupun kebiasaannya ia boleh sembuh dengan sendiri.
Ikhtiar yang terbaik untuk anak anda
Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya
WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp
Boleh follow saya di :
Facebook : Syahida Noor
Fanpage : NotaVitamin
Instagram : @chepuan_syahidanoor
Youtube : Aihits TV
Jika anda ingin mendaftar sendiri sebagai ahli, boleh klik di bawah