Faktor Utama Kenapa Kita Perlukan Suplemen Tambahan

Jika disarankan tentang pengambian suplemen tambahan, pasti ada yang mengatakan kita terutamanya rakyat Malaysia ini tidak perlu ambil suplemen disebabkan sudah terlebih sihat atau sudah terlebih makan. Tetapi pernahkah terfikir, yang sihat dan terlebih makan itu adakah ia cukup dengan nutrisi yang diperlukan oleh badan kita?

Anda makan sebiji buah setiap hari sekurang-kurangnya tanpa gagal? Jika ya, anda memang bagus tapi jika tidak, bagaimana anda mencukupkan segala nutrisi mengikut piramid makanan yang disarankan.

Ramai yang masih keliru mengenai suplemen dengan mengatakan ianya adalah ubat. Apa yang kita perlu tahu dan faham adalah suplemen BUKAN ubat tetapi makanan tambahan yang bertujuan untuk membantu mengisi kekurangan atau lompong-lompong nutrisi yang tidak mencukupi atau tidak dapat dihasilkan oleh badan kita disebabkan beberapa faktor.

 

Faktor Utama Kita Perlukan Suplemen Tambahan

Itu adalah antara faktor utama kenapa kita memerlukan supplement atau pemakanan tambahan dalam kehidupan harian kita.

 

1) Zat Makanan Hilang Semasa Proses Penyediaan Makanan

Penyebab kehilangan zat makanan adalah kerana bahan makanan tersebut telah melalui banyak proses penyediaan seperti memotong, menghiris, mencincang bahan makanan tersebut.

Kaedah menggoreng atau deep frying boleh merosakkan zat pada makanan yang disediakan kerana penggunaan suhu yang tinggi atau terlalu panas. Sebagai contoh adalah protein akan musnah dalam suhu yang tinggi.

Ia menjadi penyebab pengumpulan kolesterol kerana kaedah ini juga boleh menghasilkan lemak trans (trans fat) yang tidak sihat kepada tubuh badan kita.

 

2) Pola Pemakanan

Daripada penelitian mendapati, kebanyakan orang tidak mendapat vitamin dan mineral yang cukup dalam makanan seharian. Kerana itu kita memerlukan suplemen bagi membantu mencapai kesihatan optima dan mengurangkan risiko kesihatan.

Pola makanan yang baik adalah pola makanan sihat dan seimbang seperti yang disarankan dalam piramid makanan.

 

3) Gaya Hidup

Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, minum minuman beralkohol, kurang melakukan aktiviti fizikal atau bersenam akan meningkatkan keperluan tubuh untuk zat (vitamin/mineral) tertentu.

Dengan pengambilan suplemen dapat menampung kekurangan zat tersebut dengan syarat kita juga perlu mengambil makanan yang sihat dan seimbang juga melakukan aktiviti fizikal.

Antara gaya hidup yang tidak sihat lain seperti tidur lewat, makan berlebihan, tidak bersenam dan beraktiviti aktif dan juga stress yang melampau.

 

4) Persekitaran Yang Tercemar

Pencemaran ada dimana-mana sahaja dan kita sememangnya terdedah dengan pelbagai pencemaran dari makanan minuman dan juga alam sekitar, ini boleh merosakkan sel di dalam tubuh disebabkan pencemaran tersebut.

Bagi membantu membaiki sel yang rosak dan menghasilkan sel baru yang sihat, pengambilan suplemen adalah satu keperluan disebabkan tubuh tidak dapat menampung kerosakan sel yang berlaku secara berterusan.

Sebagai contoh : Untuk dapatkan ayam yang besar dan gemuk akan ambil masa yang lama, bagi cepatkan proses tersebut cucuk hormon supaya cepat besar. Maka, hormon yang sama juga masuk dalam badan kita.

 

5) Keperluan Badan

Bagi sesetengah nutrien badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi,  ada makanan yang kita makan tidak mampu untuk membekalkan zat yang cukup mengikut keperluan tubuh.

Keperluan nutrisi akan semakin bertambah mengikut keperluan golongan berikut :

  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Wanita yg sedang berusaha untuk hamil

 

6) Vitamin Yang Tidak Dihasilkan Sendiri Oleh Badan.

Untuk pertumbuhan yang optimum, badan kita memerlukan sekurang-kurangnya 13 jenis vitamin, antaranya ialah Vitamin A, C, D, E, K dan B (Tiamin, Riboflavin, Niasin, Asid Pantotenat, Biotin, Vitamin B6, Vitamin B12 dan Asid Folik)

Badan hanya dapat menghasilkan Vitamin D dan K dalam bentuk provitamin yang tidak aktif  walaupun mempunyai peranan yang sangat penting.

Sumber lain vitamin boleh diperolehi daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan juga suplemen.

 

7) Gangguan Penyerapan Nutrisi

Pengambilan kafein, gula dan garam yang berlebihan menyebabkan gangguan kepada penyerapan nutrien oleh tubuh badan kita. Manakala stress dan pencemaran juga menganggu penyerapan nutrien

 

Penyakit seperti penyakit cardiovascular, kanser dan diabetes adalah penyakit biasa yang berlaku di Malaysia dan  ia juga dikenali sebagai “penyakit gaya hidup”.

 

Bagi seorang perokok pula, vitamin-vitamin penting seperti vitamin B, vitamin C, D dan E akan ’hilang’ kerana termusnah akibat merokok. Vitamin yang hilang ini mengawal fungsi badan yang penting dan membantu mencegah perkembangan penyakit.

Jadi, adalah PERLU untuk mengamalkan suplemen bagi melindungi badan anda sebanyak mungkin daripada kesan-kesan negatif akibat merokok. Sebaiknya berhenti terus merokok.

 

Lakukan 3 Perkara Ini

 

 

1) Makan dengan sihat

2) Bersenam dan mencapai berat badan yang sihat dan ideal

3) Pengambilan suplemen secara bijak

Setiap satu tidak dapat mengganti satu yang lain. Ia merupakan kombinasi dan perlu seimbang. Contohnya, apabila kita sudah mengamalkan suplemen, kita boleh makan fast food, kita tidak boleh berfikir begitu.

 

Adalah disarankan mengambil suplemen yang semulajadi dan tiada kesan sampingan negatif dengan memilih Shaklee sebagai suplemen anda. Terdapat kajian yang membuktikan pengambilan suplemen Shaklee tidak memberi kesan kepada buah pinggang atau side effect walaupun diamalkan lebih dari 20 tahun.

Sebagai permulaan anda boleh mengamalkan Set Daily Essential Shaklee ini yang mana ia membantu memenuhi keperluan nutrisi seharian anda.

 

 

Anda yang tidak suka vitamin jenis pil boleh amalkan Vivix sebagai suplemen harian anda.

 

Dapatkan VIVIX anda di sini

 

Setiap pembelian disertakan dengan konsultasi dan cara makan yang betul.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya

WhatsApp / SMS : +60123923099 <<<<——– klik untuk direct whatsapp

Email : admin@pendankertas.com

 

Boleh follow saya di :

Facebook : Syahida Noor

Fanpage : NotaVitamin | Healthy With Eida

Instagram : @iedanoor_mynotavita | @notavitamin

Youtube : mynotavita Channel

 

 

 

 

 

 

 

You may also like

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge